Yayasan Sarawak Serah Bantuan Kewangan Dan Baucer Pakaian Seragam Sekolah Kepada Penduduk Rumah Rentap Bap

JUMAAT, 10 SEPTEMBER 2021

SEBAUH: Yayasan Sarawak telah menyerahkan bantuan kewangan dan baucer pakaian sekolah kepada penduduk Rumah Panjang Rentap Bap yang terjejas akibat kebakaran.

Sumbangan telah disampaikan Pegawai Daerah Sebauh William Manggoi kepada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Rentap Tuai Rumah Rentap Bap di Pejabat Daerah Sebauh pada Khamis. 

Yayasan Sarawak telah meluluskan sumbangan kewangan sebanyak RM10,000 kepada penduduk Rumah Panjang Rentap dan baucer pakaian seragam sekolah kepada 8 orang pelajar sekolah yang terdiri daripada 3 orang pelajar sekolah rendah dan 5 orang pelajar sekolah menengah yang rumah panjang mereka telah hangus terbakar pada 24 Mei lepas dan memusnakan keseluruhan rumah panjang 12 pintu itu. 

Setiap baucer pakaian seragam bernilai RM200 setiap seorang dengan jumlah keseluruhannya RM1,600.-EDISI UKAS

Share
0

add comment