275 Pelajar SMK Lake Divaksinasi Dalam PICK Remaja

SABTU, 11 SEPTEMBER 2021

BAU: Seramai 275 lagi remaja berusia 16 dan 17 tahun tampil menerima suntikan dos pertama vaksin jenis Pfizer pada hari ketiga Program Imunisasi COVID-19 (PICK) Remaja Peringkat Daerah Bau pada Sabtu.

Rata-rata golongan remaja terbabit merupakan pelajar tingkatan empat dan tingkatan lima dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lake termasuk mereka yang secara jumpa terus dan kes khas.

Seramai 17 petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dari Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Bau terlibat dalam vaksinasi berkenaan.

Selain itu, seramai 10 orang guru sekolah berkenaan juga membantu bagi melancarkan proses vaksinasi di situ. -EDISI UKAS

Share
0

add comment