360 Pelajar Di Daro Terima Suntikan Vaksin Dos Pertama

SABTU, 11 SEPTEMBER 2021

DARO: Seramai 360 orang pelajar berusia 16 tahun dan 17 tahun telah menerima vaksin dos pertama jenis Pfizer bertempat di SMK Normah Daro pada Sabtu.

Penerima vaksin terdiri daripada pelajar SMK TPDPH Normah Daro yang telah dikenalpasti melalui pentadbiran SMK TPDPH Normah.

Menurut ibu bapa pelajar yang ditemui UKAS, mereka menyambut baik langkah kerajaan ini untuk melindungi anak mereka apabila sesi persekolahan dibuka tidak lama lagi.

Para pelajar turut melahirkan rasa terima kasih atas usaha yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan untuk melindungi kesihatan mereka. – EDISI UKAS

Share
0

add comment