ACD: 98 Orang Penduduk Kampung Bijuray Mongag Jalani Ujian Calitan COVID-19

SABTU, 11 SEPTEMBER 2021

BAU: Seramai 98 orang penduduk dari Kampung Bijuray Mongag di sini menjalani ujian calitan COVID-19 dalam aktiviti pengesanan kes aktif (ACD) pada Sabtu.

Daripada jumlah tersebut seramai 52 orang adalah lelaki, manakala seramai 46 orang lagi wanita.

Menerusi ACD itu, petugas Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Bau turut mengesan seramai 47 orang yang mempunyai kontak rapat, dan yang bergejala pula seramai 42 orang.

Sebanyak 79 sampel juga telah diperoleh dari ACD berkenaan yang dilakukan oleh seramai 28 orang petugas kesihatan dari PKD Bau dan lima orang lagi dari pasukan makmal Kuching.

Proses pelaksnaan ACD berkenaan berjalan lancar dengan turut dibantu oleh petugas Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Bijuray Mongag. -EDISI UKAS

Share
0

add comment