ADUN Batu Kitang Serah Geran MRP Sebanyak RM12,000

SABTU 11 SEPTEMBER 2021

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Lo Khere Chiang menyerahkan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) DUN Batu Kitang berjumlah RM12,000 di Kampung Haji Baki pada Sabtu.

Geran MRP masing-masing berjumlah RM3,000 itu telah diserahkan kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Haji Baki Blok A, Kampung Haji Baki Blok B dan Kampung Haji Baki Blok C serta Masjid Darul Ehsan Kampung Haji Baki.

Dalam pada itu, Khere Chiang berharap, semua penerima geran MRP memanfaatkan dana yang diperuntukkan dengan sebaiknya. -EDISI UKAS

Share
0

add comment