ADUN Bukit Goram Meriahkan Program Ziarah Ukas Konvoi Jalur Gemilang

SABTU 11 SEPTEMBER 2021

KAPIT: Unit Komunikasi Awam Sarawak(UKAS) bersama Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Bukit Goram, mengadakan Konvoi Hari Malaysia dan Hari Kebangsaan di dalam Program Ziarah UKAS bertempat di perkarangan Kompleks Kerajaan Negeri Jalan Bleteh Kapit pada Sabtu.

Bercakap ringkas didalam program tersebut ADUN Bukit Goram,Jefferson Jamit Unyat sempat merakamkan ucapan terima kasih di atas jemputan bagi merasmikan program konvoi tersebut bersama penduduk sekitar bagi menyemarakkan sambutan hari Kemerdekaan sekaligus Hari Malaysia pada tahun ini dengan Prosedur Operasi standard(SOP) yang ditetapkan.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan bahawa Hari Malaysia amat signifikan kepada masyarakat di Kapit kerana Mendiang Tun Jugah yang berasal dari Kapit dan satu-satunya penduduk Kapit yang terlibat secara langsung dalam rundingan serta gerakan pembentukan Malaysia sehinggalah Malaysia berjaya di tubuhkan.

Turut hadir,Timbalan Residen Kapit,Galong Luang, Pegawai Daerah Bukit Mabong,Douglas Pungga Lawang, Pegawai Daerah Bukit Mabong, Wakil pegawai Daerah Kapit,Bidah Lujah bersama Ketua Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan dan Tujuh Agensi Peserta Konvoi Semarak Kemerdekaan.-EDISI UKAS

Share
0

add comment