ADUN Lingga Tinjau Pemvaksinan Libatkan 175 Pelajar SMK Lingga

SABTU 11 SEPTEMBER 2021

SIMANGGANG:  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Simoi Peri melakukan tinjauan di Pusat Pemberian Vaksin(PPV) di Dewan Suarah Sri Aman.

Dalam tinjauan pada Jumaat, beliau sempat melihat operasi pemvaksinan melibatkan seramai 175 orang pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lingga.

Beliau juga berkesempatan bertanya khabar kepada para pelajar dan ibu bapa yang turut hadir di PPV tersebut.

ADUN Lingga turut berterima kasih kepada petugas barisan hadapan yang sentiasa memberi komitmen yang baik sepanjang menjalankan tugas.

Pada masa sama, beliau berharap program pemberian vaksin di kalangan remaja dan pelajar yang berumur 16 hingga 17 tahun akan memberi perkembangan positif dalam usaha kerajaan mengekang penularan pandemik COVID-19. -EDISI UKAS

Share
0

add comment