ADUN Meradong Meriahkan Program Ziarah UKAS Semarak Kemerdekaan

SABTU 11 SEPTEMBER 2021

BINTANGOR: Unit Komunikasi Awam Sarawak(UKAS) bersama Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing dengan kerjasama Chinese Chamber Daerah Meradong telah menganjurkan program Ziarah UKAS Semarak Kemerdekaan bertempat di Bangunan Chinese Chamber Meradong, Bintangor pada Sabtu.

Antara pengisian program adalah mengagihkan Jalur Gemilang kepada 200 premis kedai di Bintangor dan juga bendera Sarawak untuk dipasangkan pada kenderaan awam.

Program berjalan dengan lancar dan mematuhui Prosedur Operasi Standard (SOP).

Dalam pada itu, Datuk Ding turut merakamkan penghargaan kepada UKAS dan Chinese Chamber Meradong di atas penganjuran program tersebut bagi memupuk semangat patriotik dan cinta akan negara dikalangan masyarakat.

Belia berharap agar program tersebut akan diteruskan pada masa yang akan datang.-EDISI UKAS

Share
0

add comment