ADUN Sebuyau Serah Bantuan Makanan Kepada Petugas Barisan Hadapan

SABTU 11 SEPTEMBER 2021

SEBUYAU: Seramai lapan petugas barisan hadapan yang bertugas di sekatan jalan raya di Kampung Baru, Kampung Hilir dan Kampung Jalan Giat Mara menerima sumbangan bakul makanan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, Datuk Julaihi Narawi pada Jumaat.

Simbolik penyerahan sumbangan tersebut telah disampaikan oleh wakil Datuk Julaihi iaitu Pemanca Masyarakat Melayu Daerah Simunjan, Asli Yahya.

Penyerahan sumbangan itu adalah sebagai tanda penghargaan kepada petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus untuk mengawal sekatan jalan raya di kampung berkenaan.

Untuk rekod, ketiga-tiga kampung menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 10 sehingga 23 September nanti. – EDISI UKAS

Share
0

add comment