Hayati Perjuangan Perajurit Pertahan Penubuhan Malaysia

SABTU, 11 SEPTEMBER 2021

MUKAH: Sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini harus dihayati oleh semua masyarakat bagi mengenang pengorbanan pejuang tanah air dalam merealisasikan pembentukan negara ini satu ketika dulu.

Menurut ADUN Tellian, Yussibnosh Balo ramai perajurit negara termasuk dari Sarawak dan Sabah telah terkorban demi menghalang penentangan anggota komunis yang menolak penubuhan Malaysia.

“Parti Komunis Malaya mengancam penubuhan Malaysia di Semenanjung. Ini memerlukan usaha dan perjauangan kita anggota keselamatan kita berperang di Semenanjung menetang PKM.

“Ramai askar kita dari Sabah dan Sarawak terkorban demi mempertahankan Malaysia,” katanya berucap sempena Program Ziarah UKAS, Semarak Kemerdekaan yang diadakan di Balairaya Kampung Judan pada Sabtu.

Ucapnya lagi, Kerajaan Sarawak akan terus mempertahankan hak-hak Sarawak yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) melalui rundingan untuk mengekalkan semangat setiakawan.

Kemuncak program berkenaan adalah simbolik penyerahan bendera dari Yussibnosh kepada Penghulu Murad Ibrahim. – EDISI UKAS

Share
0

add comment