SABTU 11 SEPTEMBER 2021
SRI AMAN: Berikutan terdapat satu kes kematian melibatkan jangkitan COVID-19 di Pekan Pantu, para peniaga di pekan tersebut mengambil inisiatif untuk melakukan kuarantin kendiri bagi mengelakkan jangkitan di kawasan tersebut menjadi lebih serius.
Antara lain, terdapat juga penduduk kampung di daerah tersebut menjalani kuarantin di rumah seperti Kampung Sungai Mansau, Kampung Rapak, Kampung Jaong, Kampung Kubau dan Kampung Lachau.
Kebanyakan kampung tersebut dikenakan arahan kuarantin sehingga 12 September nanti.
Mereka juga mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi memutuskan rantaian COVID-19. – EDISI UKAS