PKPD: Jabatan Kebajikan Masyarakat Agih Bantuan Makanan Ke Kampung Sebiris

SABTU, 11 SEPTEMBER 2021

LUNDU: Sebanyak 106 pek bakul makanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) diagihkan kepada penduduk Kampung Sebiris pada Sabtu.

Penyerahan sumbangan makanan itu susulan pelanjutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kampung tersebut sehingga 24 September ini.

Seramai 91 ketua isi rumah mendapat manfaat dari pengedaran bakul makanan itu memandangkan pelanjutan pelaksanaan PKPD tersebut dijangka menyukarkan sebahagian daripada penduduk kampung.

Proses pengedaran bakul makanan ke kawasan PKPD Sebiris telah dijayakan bersama-sama kakitangan agensi seperti JKM Daerah Lundu, Pejabat Daerah Lundu, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Lundu dengan kerjasama JKKK Kampung Sebiris pimpinan Ketua Kaum Selip Ambun. -EDISI UKAS

Share
0

add comment