Seramai 23 KIR Rumah Panjang Maritian Skim Merindun Terima Bantuan Makanan

SABTU 11 SEPTEMBER 2021

ENGKILILI: Seramai 23 Ketua Isi Rumah (KIR) di Rumah Panjang Maritian Skim Merindun menerima sumbangan bakul makanan daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Engkilili

Ini berikutan rumah panjang tersebut dikenakan perintah kuarantin selama 14 hari bermula 7 sehingga 20 September 2021.

Dalam pada itu, bantuan bakul makanan tersebut diserahkan oleh Kr. Unya Ngali mewakili PBB Engkilili.

Sehubungan itu, penduduk rumah panjang terbabit diingatkan agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan. -EDISI UKAS

Share
0

add comment