Surau Kampung Rambai, Bekenu Kini Siap Sepenuhnya

SABTU, 11 SEPTEMBER 2021

BEKENU: Projek bagi membina baharu surau Kampung Rambai  dengan peruntukan RM350,000 kini telah siap sepenuhnya.

Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu, Datuk Rosey Yunus berkata, surau tersebut diharap dapat memberi manfaat kepada semua penduduk di Kampung itu.

“Selain keagamaan, pelbagai aktiviti lain dapat dibuat di kawasan lapang ini yang melibatkan para belia di kawasan kampung namun dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

“Penglibatan para belia dalam aktiviti surau dan kampung amat diperlukan agar mereka tidak berasa tersisih,” katanya semasa berucap dalam majlis ringkas penyerahan kunci surau tersebut pada Jumaat.

Datuk Rosey turut berkata, pihak Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) perlu mempunyai jawatankuasa belia.

Jelasnya, ia adalah supaya para belia dapat menyumbang idea dan pendapat kerana mereka adalah pelapis negara.-EDISI UKAS

Share
0

add comment