360 Remaja 16 Dan 17 Tahun Terima Vaksin Jenis Pfizer Di Daro

AHAD, 12 SEPTEMBER 2021

DARO: Seramai 360 orang remaja yang berusia 16 tahun dan 17 tahun telah menerima vaksin COVID-19 dos pertama jenis Pfizer di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Toh Puan Datuk Patinggi Hajjah Normah (TPDPH) Daro pada Sabtu.  

Penerima vaksin terdiri daripada pelajar SMK TPDPH Normah Daro yang mana telah dikenalpasti melalui pentadbiran sekolah tersebut. 

Difahamkan, perjalanan pemberian vaksin berjalan dengan lancar dengan kerjasama pihak sekolah.

Sehubungan itu, remaja yang menerima vaksin menzahirkan ucapan terima kasih atas usaha Kerajaan Negeri dalam melaksanakan program imunisasi tersebut. – EDISI UKAS

Share
0

add comment