581 Remaja Termasuk Pelajar Sekolah Menengah Di Daerah Lundu Divaksinasi

AHAD, 12 SEPTEMBER 2021

LUNDU: Seramai 581 orang remaja dari Daerah Lundu mendapatkan suntikan dos pertama vaksin COVID-19 pada hari kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bagi remaja di Dewan Masyarakat Lundu, pada Ahad.

Daripada jumlah tersebut, seramai 137 orang merupakan pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lundu, 48 orang pelajar SMK Senibong dan 280 pelajar SMK Sematan.

Manakala baki seramai 123 orang lagi adalah terdiri daripada pelajar sekolah menengah yang berumur dalam lingkungan 12 hingga 16 tahun yang mempunyai komobid serta remaja yang tidak bersekolah.

Seorang pelajar dari SMK Sematan, Andreas Gellespie ketika ditemui berkata, dia berasa sangat gembira selepas menerima vaksin COVID-19 dan menggalakkan rakan-rakan seusianya untuk segera mendapatkan vaksin.

Sementara itu, proses vaksinasi hari ini berjalan lancar dan terkawal dengan sokongan yang diberikan oleh kakitangan petugas dari pelbagai agensi khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia, Pejabat Pendidikan Daerah Lundu, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Lundu, RELA Daerah Lundu, para sukarelawan serta ibu bapa pelajar yang menerima vaksin. -EDISI UKAS

Share
0

add comment