ACD: 77 Individu Dari Kampung Daun Jalani Ujian Calitan COVID-19

AHAD, 12 SEPTEMBER 2021

BAU: Seramai 77 individu dari Kampung Daun di sini menjalani ujian calitan COVID-19 dalam aktiviti pengesanan kes aktif (ACD) pada Ahad.

Daripada jumlah tersebut seramai 44 orang adalah lelaki, manakala seramai 33 orang lagi wanita.

ACD yang dikendalikan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Bau itu bermula dari pukul 8 pagi hingga 11 pagi di Dewan Kampung Daun.

Petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dari PKD Bau turut mengesan seramai 57 individu yang mempunyai kontak rapat, manakala yang bergejala pula seramai 30 orang.

Sebanyak 55 sampel juga telah diperoleh dari ACD berkenaan yang dilakukan oleh seramai 32 orang petugas kesihatan dari PKD Bau dan lima orang lagi dari pasukan makmal Kuching.

Proses pelaksanaan ACD berkenaan berjalan lancar dengan turut dibantu oleh petugas Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta ahli jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) Kampung Daun.-EDISI UKAS

Share
0

add comment