ADUN Asajaya Serah 88 Bakul Makanan Kepada Penduduk Kampung Beliong Asajaya

AHAD, 12 SEPTEMBER 2021

KOTA SAMARAHAN: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Samarahan telah mengagihkan 88 bakul makanan kepada penduduk yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Beliong, Asajaya pada Sabtu.

Simbolik penyerahan bantuan disampaikan oleh Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah kepada wakil penerima sambil disaksikan oleh Pegawai Daerah Asajaya, Rais Ahmat bertempat di Kampung Beliong, Asajaya.

Beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya ketika ditemui berkata, setiap ketua isi rumah (KIR) menerima bantuan makanan kering seperti beras, tepung, makanan dalam tin dan lain-lain.

‚ÄúPengagihan bakul makanan itu akan dilakukan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Beliong dengan kerjasama petugas sukarelawan Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Samarahan dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Asajaya,” katanya.

Beliau dalam pada itu berterima kasih kepada JKM Bahagian Samarahan atas sumbangan bakul makanan kepada penduduk yang terjejas susulan pelaksanaan PKPD.

Untuk rekod, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) mengisytiharkan PKPD di Kampung Beliong, Asajaya bermula 10 sehingga 23 September 2021 susulan peningkatan kes COVID-19 dikesan di kawasan itu.-EDISI UKAS

Share
0

add comment