ADUN Mambong Rasmi Program Ziarah UKAS Semarak Kemerdekaan Peringkat Daerah Kecil Padawan

AHAD, 12 SEPTEMBER 2021

PADAWAN: Menteri Muda Pengangkutan Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mambong Datuk Dr. Jerip Susil merasmikan Program Ziarah UKAS Semarak Kemerdekaan Peringkat Daerah Kecil Padawan pada Sabtu.

Program tersebut merupakan anjuran Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) Padawan dengan kerjasama Pejabat Daerah Kecil Padawan dan Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat DUN N19 Mambong.

Program berkenaan juga melibatkan agensi kerajaan yang lain seperti Jabatan Penerangan, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan Malaysia serta enam  Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGOs) dan ketua masyarakat di Daerah Kecil Padawan.

Program yang diadakan juga sempena sambutan bulan kemerdekaan dan juga Hari Malaysia yang akan disambut tidak lama lagi.

Pelaksanaan program ini dilaksanakan dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) Fasa Kedua Pemulihan Negara yang telah dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang mana program tersebut hanya melibatkan sekitar 30 orang peserta sahaja.

Selain itu, program ini telah dimulakan dengan acara menaikan bendera Jalur Gemilang dan bendera Sarawak yang diikuti dengan nyanyian Lagu Negaraku dan Ibu Peritiwiku.

Dalam pada itu ADUN Mambong juga melakukan penyerahan bendera Jalur Gemilanh dan bendera Sarawak kepada wakil Klinik Kesihatan Padawan, Klinik Kesihatan Braang Bayur dan Klinik Kesihatan Bunuk.

Selepas selesai acara perasmian Datuk Dr Jerip telah melakukan pelepasan konvoi 30 buah kenderaan yang membawa kibaran Jalur Gemilang dan bendera Sarawak.

Sementara itu, dalam ucapan perasmian, Datuk Dr Jerip berkata, selaras dengan tema Malaysia Prihatin dan Sarawak Gemilang, beliau menyeru semua masyarakat bersama menyemai semangat cintakan negara dan negeri.

Share
0

add comment