Dato Sri Fadillah Tinjau Projek Pembinaan Jejambat Di Sibu

AHAD, 12 SEPTEMBER 2021

SIBU: Menteri Kanan Kerja Raya, Dato Sri Fadillah Yusof meneruskan Program Pemantauan dan Libat Urus Kementerian Kerja Raya ke Kontrak Pakej Kerja di Sibu pada Sabtu.

Lawatan kedua Dato’ Sri Fadillah pada hari tersebut bertujuan meninjau projek pembinaan jejambat yang terletak di simpang Sibu-Bintulu.

Semasa lawatan itu, beliau dan rombongan telah diberikan taklimat oleh Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Sibu, Shahrul.

Menurut Pengurus Kanan Projek Hock Seng Lee Berhad, Philip Lau Yuk Siong, tarik siap projek tersebut terpaksa dianjakkan pada 2022 berbanding jadual asal pada Jun 2021 susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan akibat pandemik COVID-19.

Ujarnya, disebabkan pandemik mereka menghadapi masalah tenaga kerja dan bahan binaan juga sukar untuk dihantar ke tapak projek.

Tambah beliau, tarikh baru yang diberikan untuk menyiapkan projek tersebut pada tahun depan bakal memberi cabaran sambil berharap pandemik COVID-19 berakhir agar projek itu dapat disiapkan mengikut jadual. – EDISI UKAS

Share
0

add comment