JKM Daerah Lundu Agih 145 Bakul Makanan Di Kampung Pasir Tengah

AHAD, 12 SEPTEMBER 2021

LUNDU: Sebanyak 145 bakul makanan sumbangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Lundu telah diedarkan kepada penduduk Kampung Pasir Tengah pada Sabtu.

Ini berikutan dengan pelanjutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kampung tersebut sehingga 24 September ini.

Untuk makluman, seramai 115 Ketua Isi Rumah (KIR) mendapat manfaat dari pengedaran bakul makanan ini memandangkan pelanjutan pelaksanaan PKPD ini dijangka menyukarkan sebahagian daripada penduduk kampung bagi mendapatkan keperluan makanan seharian.

Proses pengedaran bakul makanan ke kawasan PKPD Pasir Tengah telah dijayakan bersama-sama kakitangan agensi seperti Pejabat Daerah Lundu, Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Lundu, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Lundu dengan kerjasama JKKK Kampung Pasir Tengah.-EDISI UKAS

Share
0

add comment