Kuching Food Aid, Borneo Clan Sarawak & Amal Kuching Serah Sumbangan Kepada Golongan Asnaf Di Zon Rangawan dan Zon Sungai Apin

AHAD, 12 SEPTEMBER 2021

SIMUNJAN: Sebanyak 17 kampung melibatkan 154 orang penerima terdiri daripada golongan asnaf dan yang memerlukan bagi Zon Rangawan dan Zon Sungai Apin di konstituensi Simunjan menerima bekalan makanan pada Ahad.

Misi penghantaran bekalan makanan asas tambahan itu dianjurkan oleh Kuching Food Aid dengan kerjasama Borneo Clan Sarawak dan Amal Kuching.

Menurut penyalarasnya, Maria Mohd, sebanyak 154 pek makanan diserahkan kepada wakil penduduk kampung dan senarai penerima yang dipilih adalah daripada ketua kampung masing-masing.

Simbolik penyerahan disempurnakan oleh pihak Kuching Food Aid kepada wakil penerima iaitu Penghulu Ahmad Dol Simpol dan ketua kampung sambil disaksikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris bertempat di Rumah Rehat Sri Simunjan.

Antara kampung yang terlibat di Zon Rangawan adalah Kampung Rangkang, Kampung Tanjong Kelaso, Kampung Sungai Putin, Kampung Rangawan, Kampung Terasi Ulu, Kampung Kampung Terasi Iban, Kampung Terasi Cina, Kampung Sungai Bundong, Kampung Senangeh, Kampung Sungai Buloh dan Kampung Ensengei Iban.

Manakala bagi Zon Sungai Apin pula terdiri dari Kampung Pantong Iban, Kampung Pantong Melayu, Kampung Sungai Apin, Kampung Tanjung Harapan, Kampung Tanjung Pisang dan Kampung Selangking,

Sementara itu, Awla Dris berkata, penyampaian bekalan makanan itu sangat bertepatan dengan keperluan rakyat pada masa kini kerana golongan yang turut terkesan dan terjejas ekoran penularan wabak COVID-19.

“Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada penganjur kerana telah menganjurkan program seumpamanya dan dengan bantuan ini sedikit sebanyak mengurangkan sedikit beban yang ditanggung oleh penduduk di kawasan ini.

“Saya turut berharap program ini boleh diteruskan lagi pada masa akan datang serta dapat diperluaskan lagi ke kawasan-kawasan lain dalam DUN Simunjan,” jelasnya. -EDISI UKAS

Share
0

add comment