MBM Keluarkan 5 Notis Kompaun Langgar SOP PPN Fasa 3

AHAD, 12 SEPTEMBER 2021

MIRI: Majlis Bandaraya Miri (MBM) telah mengeluarkan 5 notis kompaun kepada pemilik premis yang didapati telah melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 3 melebihi waktu perniagaan. 

MBM dalam kenyataan media pada Sabtu, seramai 27 anggota MBM telah menjalankan operasi penguatkuasaan di bandaraya Miri sekitar jam 10:00 malam hingga 12:00 malam. 

Dalam operasi itu, satu kedai makan dan ruanng rehat di sebuah pusat perniagaan telah dikenakan kompaun atas kesalahan beroperasi melebihi waktu perniagaan yang dibenarkan. 

Sementara, tiga kompaun lain telah dikeluarkan ke atas individu di Taman Jelita yang mengambil makanan dan minuman mereka di premis makanan setelah waktu operasi perniagaan yang dibenarkan.

Tambah kenyataan itu ;agi, MBM akan meneruskan pelaksanaan pemantauan dan pemeriksaan ke atas premis dan tempat awam untuk memastikan pematuhan SOP yang dikenakan berdasarkan PPN Fasa 3.-EDISI UKAS

Share
0

add comment