Program Ziarah UKAS Di DUN Repok Berlangsung Meriah Dalam Norma Baru

AHAD, 12 SEPTEMBER 2021

REPOK: Program Ziarah UKAS Semarak Kemerdekaan sempena sambutan Hari Malaysia di DUN Repok tetap meriah walaupun berlangsung dalam norma baru.

Ia turut dimeriahkan dengan kehadiran ADUN Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii yang kemudiannya menyempurnakan simbolik penyerahan bantuan makanan kepada 50 warga emas, asnaf, ibu tunggal dan OKU bertempat di Pusat Khidmat N.45 Repok pada Sabtu.

Menurut Dato’ Sri Huang, penyampaian sumbangan bakul makanan ini sangat signifikan dengan keperluan rakyat pada masa kini di dalam menjalani tempoh tempoh pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Kedua kerana pasti ada yang terjejas dari segi pendapatan.

Beliau turut mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada pihak Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) kerana menganjurkan program seumpama itu kawasannya dan berharap program seumpama diteruskan di masa akan datang. – EDISI UKAS

Share
0

add comment