Program Ziarah UKAS Santuni Pengguna Feri Igan dan KMKK Igan Sempena Hari Malaysia

AHAD, 12 SEPTEMBER 2021

MUKAH: Program Ziarah Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) bagi menyantuni pengguna feri Igan dan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) Igan sempena Hari Malaysia yang akan datang. 

Timbalan Ketua Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Jemoreng, Aini Latif yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng, Dato Murshid Diraja Dr Juanda Jaya telah melakukan aktiviti melekatkan bendera pada kenderaan yang keluar dan masuk di feri Igan bersama KMKK Igan. 

Dalam pada itu, bungkusan makanan turut diagihkan kepada pengguna feri tersebut. 

Sehubungan itu, UKAS telah menyampaikan bendera Malaysia dan Sarawak kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Igan, Rh Bareng serta Rh Gangga dan akan diteruskan ke kampung lain selepas ini. 

Walaupun tidak dapat meraikan Hari Malaysia seperti dahulu, aktiviti agihan bendera ini sedikit sebanyak dapat menanam semangat patriotik serta semangat cintakan negara kepada masyarakat.

Program tersebut berjalan dengan lancar dan dilaksanakan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.- EDISI UKAS

Share
0

add comment