Program Ziarah UKAS Semarakkan Hari Malaysia

AHAD, 12 SEPTEMBER 2021

BELAWAI : Program Ziarah Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) di Sarikei dimeriahkan dengan jelajah konvoi berbasikal pada Sabtu.

Simbolik perlepasan konvoi disempurnakan Menteri Muda Perancangan Bandar Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang, Datu Len Talif Salleh.

Jelajah konvoi yang disertai 75 peserta itu bermula di Taman Selera Baji Jaya Kampung Seberang dan seterusnya ke Kampung Drahman Keria, Jalan Century dan Kampung Seberang.

Objektif utama penganjuran adalah untuk mengukuhkan semangat patriotik di kalangan rakyat.

Selain itu, program bertujuan menggalakkan orang ramai turut mengibarkan Jalur Gemilang sempena Hari Kebangsaan dan sambutan Hari Malaysia yang akan datang.

Dalam pada itu Datu Len berbangga dengan penglibatan yang amat menggalakkan dari pelbagai peringkat umur dalam menjayakan program tersebut. -EDISI UKAS

Share
0

add comment