Pusat Khidmat ADUN Simanggang, SUPP Cawangan Simanggang Agih Bantuan Makanan

AHAD, 12 SEPTEMBER 2021

SIMANGGANG: Bagi meringankan beban penduduk rumah panjang yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Simanggang dengan kerjasama SUPP Cawangan Simanggang telah mengagihkan bantuan makanan kepada mereka terjejas.

Antaranya, bantuan makanan telah dihantar ke Rh Cr Munan Amoh, Ng San dan Rh Story@Julai, Entawa Wong Padong pada Ahad.

Mengetuai rombongan menghantar bekalan makanan tersebut adalah Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang, Datuk Francis Harden Hollis.

Kesinambungan penyaluran bantuan makanan adalah berpandukan kepada kekerapan kes PKPD yang diisytiharkan terhadap rumah panjang atau kampung yang didapati terdapatnya pengesan kes secara aktif (ACD) oleh KKM.

Bantuan tersebut merupakan tambahan kepada bantuan sedia ada oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Sri Aman.

Dalam pada itu, Datuk Francis Harden turut menyampaikan cek bernilai RM23,000 daripada Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas kepada Rh Cr Munan Amoh. -EDISI UKAS

Share
0

add comment