UKAS Santuni Petugas Barisan Hadapan Di SJR Jalan Kuching-Samarahan Expressway

AHAD, 12 SEPTEMBER 2021

KOTA SAMARAHAN: Petugas barisan hadapan yang bertugas di sekatan jalan raya (SJR) Jalan Kuching-Samarahan Expressway di sini menerima sumbangan berupa bungkusan makanan menerusi Program Terima Kasih Frontliners pada Sabtu.

Simbolik penyerahan bakul makanan tersebut telah disampaikan oleh wakil Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) Bahagian Samarahan, Mahazul Aqby Seruji kepada petugas barisan hadapan seperti polis, tentera dan Rela.

Petugas barisan hadapan merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak UKAS Bahagian Samarahan yang telah berusaha memberi sedikit bantuan makanan untuk petugas barisan hadapan semasa melaksanakan kerja-kerja penguatkuasaan.

Pada masa sama, pihak UKAS Bahagian Samarahan mengucapkan terima kasih kepada petugas barisan hadapan di SJR Jalan Kuching-Samarahan Expressway yang telah bekerja keras dalam usaha mengekang dan membendung pandemik wabak COVID-19 ini.

Program ‘Terima Kasih Frontliners’ anjuran UKAS ini bertujuan menunjukkan penghargaan dan rasa terima kasih kepada petugas barisan hadapan.

Antara lain pengisian program ini adalah penyampaian sumbangan kepada para petugas barisan hadapan sebagai tanda penghargaan kepada petugas barisan hadapan di samping mengajak masyarakat untuk bersama-sama menghargai pengorbanan mereka. -EDISI UKAS

Share
0

add comment