210 Remaja Tingkatan 4 Dan 5 Smk Semop Menerima Suntikan Vaksin Dos Pertama

ISNIN 13 SEPTEMBER 2021

TANJUNG MANIS: seramai 210 pelajar Tingkatan 4 dan 5 mendapatkan suntikan vaksin dos pertama di dalam Program imunisasi COVID-19 Kebangsaan(PICK) di Sekolah Menengah Kebangsaan(SMK) Semop pada Ahad.

Program yang dianjurkan tersebut bermula seawal 7 pagi sehingga 2 petang.

Walaupun sekolah tersebut dipilih sebagai Pusat Pemberian Vaksin(PPV) namun terdapat sedikit kekangan dan kesukaran pihak ibu bapa untuk datang bersama anak berikutan agak jauh dari kediaman terutamanya penduduk dari kawasan Utara Pulau Bruit.

Walaubagimanapun, program tersebut berjalan dengan lancar dengan mematuhi prosedur operasi standard(SOP) yang ditetapkan.-EDISI UKAS

Share
0

add comment