55 Orang Penduduk Kampung Batu Spit Jalani Ujian Saringan ACD

ISNIN, 13 SEPTEMBER 2021

BAU: Pejabat Kesihatan Daerah Bau melakukan ujian saringan Pengesanan Kes Secara Aktif (ACD) terhadap penduduk Kampung Batu Spit di Balai Raya Kampung Batu Spit pada Isnin.

Seramai 55 orang penduduk telah tampil bagi ujian saringan tersebut yang melibatkan 30 orang lelaki dan 25 orang wanita.

Pihak Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan (JKK) Kampung Batu Spit bekerjasama bagi memastikan proses ujian saringan ACD tersebut berjalan dengan lancar. –EDISI UKAS

Share
0

add comment