Kampung Long Aton Dan SK Long Aton Terima Bantuan Makanan

ISNIN, 13 SEPTEMBER 2021

TINJAR: Kampung Long Aton dan Sekolah Kebangsaan (SK) Long Aton dalam Daerah Beluru telah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuatkuasa 3 hingga 17 September 2021. 

Susulan itu, Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Miri telah menghantar bantuan makanan dan keperluan lain kepada penduduk di kedua-dua penempatan tersebut pada Jumaat. 

Mereka mengambil masa lebih 6 jam perjalanan dari Miri ke Tinjar dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda melalui jalan balak. 

Penduduk Kampung Long Aton menerima 45 bungkus makanan termasuk 11 paket susu dan lampin pakai buang serta 74 kotak air mineral.

Manakala, SK Long Aton pula menerima 13 bungkus makanan dan air mineral.-EDISI UKAS

Share
0

add comment