Parti PBB Engkilili Serah Bantuan Kepada Dua Rumah Panjang

ISNIN, 13 SEPTEMBER 2021

ENGKILILI: Penduduk Rumah Cherang, Lipat Ulu dan Rumah Jabu, Nanga Tebat Skrang yang dikuarantin menerima bantuan bakul makanan daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Engkilili pada Ahad.

Bantuan tersebut melibatkan seramai 26 Ketua Isi Rumah (KIR) dari Rumah Cherang yang menjalani pelaksanaan kuarantin sejak 10 September lepas hingga 23 September ini.

Manakala, seramai 20 KIR dari Rumah Jabu menerima bantuan yang terbabit dengan pelaksanaan kuarantin sejak 28 Ogos lepas dan dilanjutkan sehingga 23 September ini.

Penyerahan bantuan disampaikan oleh wakil Parti PBB, Robert Anggai untuk diagihkan kepada penduduk rumah panjang.

Pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) bekerjasama bagi memastikan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) di kawasan tersebut.

Penduduk rumah panjang merakamkan penghargaan kepada Parti PBB Engkilili atas keprihatinan memberikan sumbangan kepada mereka yang terlibat dengan pelaksanaan kuarantin. –EDISI UKAS

Share
0

add comment