Program Ziarah UKAS Semai Semangat Kemerdekaan

ISNIN, 13 SEPTEMBER 2021

MUKAH: Program Ziarah UKAS bertemakan Semarak Kemerdekaan menjadi wadah terbaik untuk menyemai semangat kemerdekaan dalam setiap masyarakat di Sarawak khasnya dan Malaysia amnya.

Menurut Ketua Kaum Kampung Penakub Ulu Mukah, Jepri Musa, semangat dan perpaduan yang kukuh dalam masyarakat perlu dikekalkan agar kemerdekaan yang dikecapi hari ini dapat terus dinikmati oleh generasi akan datang.

Beliau berkata demikian kepada UKAS sempena Program Ziarah UKAS, Semarak Kemerdekaan yang diadakan di Dewan Serbaguna Kampung Penakub Ulu, Mukah pada Sabtu.

Sementara itu, wakil ADUN Balingian, Che Ghazali Arbi berkata semangat patriotisme perlu sentiasa kekal pada setiap rakyat Malaysia khasnya penduduk Sarawak.

Katanya, tema sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri Sarawak 2021 masih kekal ‘Malaysia Prihatin’ memandangkan negara ini masih dalam perjuangan menentang pandemik Covid-19. – EDISI UKAS