Program Ziarah UKAS Semarak Kemerdekaan Santuni Penerima Pingat Gagah Berani Di Rumah Nulai

ISNIN, 13 SEPTEMBER 2021

BALEH: Program Ziarah UKAS Semarak Kemerdekaan yang diadakan di Rumah Nulai Tubam di Sekeroh Oyan, Mujong, Baleh dimeriahkan dengan kehadiran seorang penerima Pingat Gagah Berani (PGB) yang merupakan bekas anggota tentera, Unggek Antin.

Program yang dianjurkan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) itu diadakan serentak seluruh Sarawak bertujuan menyemarakkan lagi semangat patriotik dikalangan penduduk.

Antara pengisian program adalah penyerahan sumbangan kepada Unggek dan penyerahan Jalur Gemilang kepada Tuai Rumah Nulai serta sumbangan pelitup muka, pengimbas suhu dan pembasmi kuman kepada penduduk rumah panjang.

Program turut dihadiri Setiausaha Politik Ketua Menteri Nicholas Kudi. -EDISI UKAS

Share
0

add comment