Pustaka Negeri Sarawak Adakan Persidangan k@Borneo Secara Maya 14 Hingga 15 September Ini

ISNIN, 13 SEPTEMBER 2021

KUCHING: Pustaka Negeri Sarawak akan mengadakan Persidangan K@Borneo Antarabangsa dengan tema ‘Borneo: Kepelbagaian Maklumat & Warisan’ pada 14 dan 15 September 2021.

Menurut Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Pustaka Negeri Sarawak dan Pengerusi Jawatankuasa Persidangan K@Borneo dalam kenyataan media pada Isnin berkata, persidangan yang diadakan selama dua hari itu akan memuatkan 25 kertas persidangan dan empat poster dari tiga negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Australia.

“Ketua Menteri Datuk Patinggi Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg akan melancarkan persidangan tersebut. 

“Bersempena persidangan itu, dua buah buku akan dilancarkan berjudul ‘Bibliografi mengenai Pengetahuan Tradisional’ dan ‘Kisah k @ Borneo,” katanya. 

Mereka yang berminat untuk menyertai persidangan maya boleh mendaftar di laman web rasmi www.pustaka- sarawak.com/apps/ikbc2021/. Penyertaan adalah percuma. 

K@Borneo telah dimulakan Pustaka Negeri Sarawak pada tahun 2001 dan ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2002. 

Ianya merupakan kerjasama serantau di antara negara-negara di Kepulauan Borneo dengan objektif untuk mengembangkan dan berkongsi maklumat mengenai Borneo.

Persidangan tahun ini akan menyediakan platform untuk penyelidik dan pakar untuk berinteraksi dengan rakan sejawat mereka, bertukar idea dan berkongsi maklumat dalam bidang penyelidikan masing-masing.

Untuk maklumat lebih lanjut, lawati www.pustaka-sarawak.com/ apps/ikbc2021 atau hubungi Edison Ricket di 013-8348284 atau hantarkan e-mel ke kbc@sarawak.gov.my.-EDISI UKAS

Share
0

add comment