Seramai 312 Penduduk Kampung Melanjok Jalani PKPD

ISNIN, 13 SEPTEMBER 2021

SIMUNJAN: Ekoran daripada peningkatan kes COVID-19, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) telah memutuskan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Melanjok bermula pada 10 sehingga 23 September depan.

Arahan pelaksanaan PKPD tersebut telah melibatkan seramai 312 orang penduduk Kampung Melanjok.

Hasil tinjauan di kawasan PKPD pada Ahad, mendapati keadaan terkawal di mana tiada pergerakan penduduk kampung di kawasan tersebut.

Rondaan secara berkala telah dilakukan untuk memastikan penduduk kampung yang menjalani PKPD terus mematuhi arahan dari pihak berkuasa.

Terdapat dua sekatan jalan raya (SJR) di kampung tersebut yang telah dikendalikan oleh anggota polis dan Rela. -EDISI UKAS

Share
0

add comment