UKAS Bahagian Sri Aman Semarakkan Hari Malaysia Di Pekan Lingga

ISNIN, 13 SEPTEMBER 2021

LINGGA: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) Bahagian Sri Aman berkesempatan menyantuni para peniaga di sekitar Pasar Pekan Lingga dengan mengagihkan bendera Malaysia dan bendera Sarawak pada Isnin.

Turut diedarkan adalah keperluan pencegahan virus COVID-19 seperti topeng separuh muka, cecair pembasmi kuman, cecair pencuci tangan dan juga alat tulis serta buku untuk mencatit kehadiran pelanggan.

Semua kit tersebut juga diagihkan kepada ketua-ketua masyarakat, ketua-ketua kaum, pejabat kerajaan mahupun swasta serta badan beruniform sekitar Daerah Kecil Lingga.

Pengedaran kit berkenaan adalah bertujuan untuk menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan dan Hari Malaysia di Pekan Lingga.

Hadir sama semasa penyampaian kit tersebut ialah Temenggong Mohammad Shah Achang, Penghulu Wan Amit Wan Kamil, Kapitan Kuek Siaw Yong, Ketua Kaum Mohd Taha Tongkol dan Ketua Kaum Mahraj Salahak. -EDISI UKAS

Share
0

add comment