11 Mangsa Ribut Kampung Sungai Dua, Baram Dibantu

SELASA, 14 SEPTEMBER 2021

BARAM: Seramai 11 orang penduduk Kampung Sungai Dua yang terkesan berikutan bencana ribut yang berlaku sebulan lalu telah mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Miri.

Bantuan kewangan yang disampaikan JKM Miri itu merupakan bantuan untuk membeli bahan binaan rumah mereka bagi menggantikan kerosakan yang telah berlaku.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, Dennis Ngau yang hadir menyerahkan bantuan tersebut di Dataran Waterfront Long Lama baru-baru ini merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan dan JKM Miri yang bertindak cepat untuk membantu penduduk yang terkesan.

Dalam pada itu, ADUN Telang Usan itu turut berkata, beliau dan Ahli Parlimen Baram, Anyi Ngau akan menambah RM1,000 setiap pintu rumah yang rosak dengan kadar segera.

Sementara itu, wakil dari JKM Miri, Ensiring berkata, bantuan yang disampaikan tidak sama jumlahnya bergantung kepada penilaian tahap kerosakan yang telah dibuat pegawai yang telah datang ke lokasi kerosakan sebelum ini.

Beliau meminta agar bantuan yang diberi oleh kerajaan itu digunakan dengan sebaik mungkin untuk membeli bahan binaan dan bukan untuk tujuan lain.-EDISI UKAS

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia