125 Pelajar SMK Trusan Terima Vaksin COVID-19

SELASA, 14 SEPTEMBER 2021

LAWAS: Seramai 125 orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Trusan menerima suntikan vaskin COVID-19 di Pusat pemberian vaksin (PPV) Dewan Mesyarakat Trusan baru-baru ini.

Jadual pada hari tersebut dikhaskan untuk pelajar tingkatan lima sekolah tersebut yang mula beroperasi dari jam 8 pagi hingga jam 5 petang.

Sementara itu, wartawan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) sempat menemu bual seorang pelajar yang telah menerima suntikan vaksin dos pertama Pfizer.

Salah seorang pelajar tingkatan 5, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Trusan iaitu, Bryan Job yang berasal dari Kampung Murud Suang berkata, beliau teruja kerana telah mendapatkan vaskin COVID-19.

Sehubungan itu, beliau mendorong semua pelajar di SMK Trusan supaya mendapatkan vaksinasi untuk kebaikan bersama.  

Dalam pada itu, Lipi Keu yang juga pelajar SMK Trusan dan berasal dari Kampung Long Tengoa turut senada dengan menggalakan semua pelajar utnuk mendapatkan vaksin mereka.-EDISI UKAS

Share
0

add comment