SELASA, 14 SEPTEMBER 2021
MALUDAM: Prihatin dengan penduduk yang menjalani kuarantin, Pusat Khidmat ADUN Lingga menghulurkan bantuan bakul makanan kepada Ketua Isi Keluarga (KIR) yang terjejas di Kampung Hulu Maludam.
Sebanyak 275 bakul makanan telah disediakan Pusat Khidmat ADUN Lingga dan simbolik penyerahan telah dilakukan oleh Penolong Pegawai Tadbir Daerah Kecil Maludam mewakili ADUN Lingga, Simoi Peri pada petang Isnin.
Bantuan bakul makanan itu adalah inisiatif Pusat Khidmat ADUN Lingga bagi membantu meringankan beban keluarga yang terkesan dengan pandemik COVID-19.
Semasa dihubungi, Simoi Peri turut berpesan kepada penduduk Maludam supaya terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan.
Beliau turut berterima kasih kepada Noraini Aden yang mewakilinya menyampaikan bantuan bakul makanan dan tidak lupa juga kepada petugas Parti Pesaka Bumiputera (PBB) Kampung Maludam.
Hadir sama, Ketua Kaum Kampung Hulu Maludam, Hap Aling dan Ahli Majlis Daerah Betong, Kaunselor Tarip Kidi. -EDISI UKAS