ADUN Repok Sumbang Bakul Makanan Kepada Penduduk Jalani PKPD

SELASA 14 SEPTEMBER 2021

SARIKEI: Sebanyak 22 pintu melibatkan 132 penduduk Rumah Panjang Rampai menerima sumbangan bakul makanan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Dato Sri Huang Tiong Sii pada Isnin.

Berikutan rumah panjang tersebut dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 12 September sehingga 25 september 2021

Bercakap ringkas dalam program tersebut, penyerahan bantuan makanan tersebut diwakili oleh Kapitan Ling Dien Yong kepada penduduk rumah panjang terbabit.

Dalam pada itu, Dato sri Huang Tiong sii juga berharap dan mengigatkan supaya penduduk rumah panjang tersebut sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi mengelakkan jangkitan dikawasan tersebut menjadi lebih serius.

Sehubungan itu, Tuai Rumah Panjang Rampai, turut merakamkan ucapan terima kasih mewakili penduduk dirumah panjang itu di atas keprihatinan ADUN Repok membantu meringankan bebanan mereka menjalani PKPD tersebut.-EDISI UKAS

Share
0

add comment