JAPEN Simunjan Laksana Hebahan “Info On Wheel” Di DUN Simunjan

SELASA, 14 SEPTEMBER 2021

SIMUNJAN: Susulan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di empat buah kampung di DUN Simunjan, Pejabat Penerangan Daerah Simunjan telah melaksanakan hebahan “Info On Wheel” bagi memaklumkan perlaksanaan PKPD di Kampun Sabeng Sabal, Kampung Sageng Hulu, Kampung Sageng Tengah dan Kampung Sageng Hilir yang bermula dari 10 September hingga 23 September 2021.

Hebahan umum ini telah disampaikan menggunakan kenderaan Unit Bergerak Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) Daerah Simunjan dan antara hebahan yang disampaikan adalah memaklumkan supaya penduduk dikehendaki berada di rumah masing-masing dan tidak dibenarkan keluar bagi membendung penularan wabak COVID-19.

Dalam masa yang sama pihak JAPEN Daerah Simunjan turut mengedar poster Sambutan Bulan kebangsaan dan Hari Malaysia, Risalah Jalur Gemilang, poster Pencegahan Covid-19 dan mengagihkan Jalur Gemilang.

Sebagai menghargai jasa dan pengorbanan para petugas barisan hadapan, JAPEN Simunjan juga turut menyumbang air minumam dan biskut kepada petugas yang bertugas di Sekatan Jalan Raya (SJR) Kampung Sageng.-EDISI UKAS

Share
0

add comment