Jawatankuasa Perasmian Masjid At-Taqwa Dan Pusat Falak Miri Lawat Ke Pusat Falak, Miri

SELASA, 14 SEPTEMBER 2021

MIRI: Jawatankuasa Perasmian Masjid At-Taqwa dan Pusat Falak Miri telah melakukan lawatan ke Pusat Falak, Miri pada Isnin.

Lawatan tersebut adalah sebagai persediaan bagi program perasmian Pusat Falak Miri yang akan disempurnakan oleh Ketua Menteri, Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg pada 24 September depan.

Dalam pada itu, beberapa agensi juga terlibat iaitu Jabatan Mufti Sarawak, Pejabat Daerah Miri, Jabatan Kerja Raya (JKR), Majlis Bandaraya Miri (MBM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Miri, Pejabat Agama Islam Miri, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Miri, Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Pejabat Pertanian Miri, Jabatan Penerangan Bahagian dan SESCO Miri.

Hadir dalam lawatan tersebut adalah Residen Bahagian Miri, Abdul Aziz Mohamad Yusuf, -EDISI UKAS