JKM Daerah Lundu Sumbang 85 Bakul Makanan Di Kampung Keranji

SELASA, 14 SEPTEMBER 2021

LUNDU: Sebanyak 85 pek bakul makanan sumbangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Lundu telah diagihkan kepada 71 Ketua Isi Rumah (KIR) di Kampung Keranji pada Isnin.

Sumbangan tersebut adalah bagi membantu meringankan beban penduduk kampung berikutan pelanjutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kampung tersebut sehingga 25 September 2021.

Proses penghantaran bakul-bakul makanan kepada penduduk kampung itu telah dijalankan oleh JKM Daerah Lundu bersama petugas dari agensi-agensi lain.

Antaranya, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Lundu, Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Lundu serta ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Keranji.-EDISI UKAS

Share
0

add comment