JKM Daerah Simunjan Terus Hulur Bantuan Makanan Di Kampung Nanas, Simunjan

SELASA, 14 SEPTEMBER 2021

SIMUNJAN: Seramai 222 Ketua Isi Rumah (KIR) yang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Kampung Nanas Hulu dan Kampung Nanas Hilir menerima bantuan bakul makanan pada Selasa.

Bantuan makanan bagi tempoh 2 minggu dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Masyarakat Daerah Simunjan tersebut diserahkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Masyarakat Daerah Simunjan kepada pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk diagihkan kepada penduduk kampung.

Pihak JKM Daerah Simunjan berharap agar bantuan itu dapat membantu meringankan beban penduduk kampung yang terkesan akibat pelaksanaan PKPD tersebut.

Untuk rekod, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) telah mengisytiharkan PKPD di kampung tersebut selama 14 hari bermula 10 September  sehingga 23 September depan susulan peningkatan kes COVID-19 dikesan di kawasan itu.-EDISI UKAS

Share
0

add comment