Ketua RELA Daerah Sebauh Mohon Maaf Kepada ADUN Kemena

SELASA, 14 SEPTEMBER 2021

SEBAUH: Satu rakaman perbualan di antara Ketua Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Daerah Sebauh Abu Samah Abdullah dengan James Stephen Randi semasa lawatan di Pos Rumah Aji pada minggu lepas telah tular di media sosial sehingga menyebabkan berlakunya penyebaran berita tidak benar. 

Dalam perbualan itu, Abu Samah ada menyebut Rumah Meikle Ding tidak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan James Stephen telah menuduh wakil rakyat sendiri tidak membenarkan PKPD terhadap rumah panjang tersebut dan telah diakui maklumat tersebut oleh ketua RELA Sebauh.

Menyedari kekhilafan yang berlaku, Abu Samah telah memohon maaf kepada Tuai Rumah Micheal Ding dan Dato Seri Dr Stephen Rundi berkenaan ucapannya semasa ditemu bual James Stephan itu. 

“Saya sedar ada satu percakapan saya silap. Ianya bukan sengaja disebut. 

“Apa orang kata, memang tidak ada Datuk (Dato Sri Dr Stephen Rundi) memberi arahan rumah dia tidak dikenakan lock down, tiada sama sekali. 

“Ok, sekali lagi saya memohon maaf dengan Datuk (Dato Sri Dr Stephen Rundi),” katanya. 

Beliau berkata demikian dalam sidang media bagi memohon maaf kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemena Dato Seri Dr Stephen Rundi dan Tuai Rumah Micheal Ding atas perkara yang berlaku ini pada Isnin. 

Beliau berharap pekara ini tidak dipanjangkan dan merupakan kesilapan yang tidak disengajakan.-EDISI UKAS

Share
0

add comment