SELASA, 14 SEPTEMBER 2021
LAWAS: Penduduk dari kawasan Rancangan Perumahan Rakyat (RPR) Banting dan kawasan taman sekitar Lawas menerima bantuan bakul makanan di bawah Pakej Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) pada Isnin.
Seramai 15 orang penduduk menerima bantuan bakul berkenaan dan ia merupakan lokasi terakhir bagi program yang diadakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Lawas itu.
Penyampaian bantuan itu adalah untuk meringankan beban dan membantu mereka yang memerlukan semasa mendepani situasi pandemik COVID-19 pada masa ini.-EDISI UKAS