Penduduk Rumah Indaituai Unbam, Rumah Minda Jipon Akan Terima Manfaat Apabila Projek RTP Siap

SELASA, 14 SEPTEMBER 2021

BINTULU: Penduduk Rumah Indaituai Unbam dan Rumah Minda Jipon akan menerima banyak manfaat apabila siapnya Projek Tranformasi Luar Bandar (RTP) di kedua-dua rumah panjang tersebut.

Antara projek yang akan dilakukan adalah projek merata tapak Rumah Indaituai Unbam, KM5 Jalan Tatau Bintulu dan projek bagi membina baru jalan serta merata tapak Rumah Minda Jipon, Sungai Engkeranji Tatau.

Menteri Muda (Undang Undang dan Adat Bumiputera) Sarawak, Datuk John Sikie Tayai telah menyerahkan dokumen dan melakukan lawatan kedua-dua tapak projek berkenaan pada Isnin.

Semua projek projek tersebut akan bermula dengan segera selepas penyerahan dokumen itu dan disiapkan mengikut tarikh yang telah ditetapkan.-EDISI UKAS

Share
0

add comment