Program Ziarah UKAS Semarak Semangat Patriotisme Di Daerah Lubok Antu

SELASA, 29 SEPTEMBER 2021

LUBOK ANTU: Program Ziarah UKAS yang bertemakan Semarak Kemerdekaan telah dilaksanakan di Daerah Lubok Antu pada Isnin.

Program ini dilaksanakan di sekitar Pekan Lubok Antu bagi tujuan menyantuni peniaga dengan menyumbangkan Jalur Gemilang dan bendera Sarawak bagi menyemarakkan bulan Kemerdekaan dengan semangat patriotisme.

Di samping itu juga disertakan keperluan bagi  pencegahan virus COVID-19 seperti topeng separuh muka, cecair pembasmi kuman, cecair pencuci tangan dan juga alat tulis untuk mencatit kehadiran pelanggan ke premis berkaitan.

Sementara itu, rata-rata penerima melahirkan rasa gembira dan mengucapkan penghargaan kepada pihak UKAS atas inisiatif itu.-EDISI UKAS

Share
0

add comment