Program Ziarah UKAS Wadah Terbaik Semarak Kemerdekaan

SELASA, 14 SEPTEMBER 2021

PANTU: Program Ziarah UKAS bertemakan Semarak Kemerdekaan menjadi wadah terbaik untuk menyemarakkan semangat kemerdekaan dan hari Malaysia yang bakal menjelang tiba.

Unit Komunikasi Awam Sarawak Bahagian Sri Aman, Daerah Kecil Pantu telah  melaksanakan program Ziarah UKAS bagi  menyantuni para peniaga dan ketua masyarakat dan pejabat kerajaan di sekitar Pasar Pekan Pantu  dengan menghulur kit Bendera Malaysia dan Sarawak beserta keperluan pencegahan virus Covid-19 pada Isnin.

Program ini adalah bertujuan untuk menaikkan semangat serta memberi kesedaran kepada masyarakat tentang prosedur operasi standard (SOP) semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam pemakaian  pelitup muka dan menjaga kebersihan dengan lebih kerap mencuci tangan.

Bagi kawasan yang agak jauh dari pusat pekan, pengedaran Goodies bag yang mengandungi kit tersebut dilakukan di Pejabat Daerah yang diserahkan oleh Pegawai Tadbir yang menguasa bagi mengelakan kesesakan dalam  mematuhi SOP semasa PKP.

Untuk rekod, masih terdapat 3 buah kampung yang terkesan akibat pandemik Covid-19 yang masih menjalani PKP dan juga terdapat beberapa buah kampung lagi yang menjalankani kuarantin kendiri di rumah masing-masing.

Turut hadir sama ke penyampaian tersebut ialah wakil Pusat Khidmat, Kapitan Lee Khin Onn, Penghulu Johnny Lumie dan Penghulu Bangga Rigeh.

Rata-rata penerima merasa gembira dengan program ini yang membantu membekalkan barangan tersebut pada saat memerlukan ketika ini.-EDISI UKAS

Share
0

add comment